Pada IIMS 2009, Mitsubishi muncul dengan satu kereta konsep, iaitu iMiEV Sport. kereta elektrik Mitsubishi ini berbeza dengan yang dipasarkan tahun lalu dan juga yang sudah dipasarkan di Jepun tahun ini.
Seperti kereta konsep yang dipamerkan pengeluar lain, iMiEV Sport sudah diperkenalkan kepada awam pertama kali pada Tokyo Motor Show pada Oktober 2007. Versi terakhir kereta sport elektrik dari Mitsubishi ini adalah iMiEV Sport Air yang diperkenalkan pada Geneva Auto Show, iMiEV Sport dapat dipecut sehingga 180 km/jam.
Sistem penggerak kereta elektrik ini adalah pacuan empat roda (4WD) atau boleh juga disebut sebagai panduan semua roda. hanya dua motor elektrik yang dipasang iaitu di roda hadapan.
Walaupun roda belakang sebagai penggerak utama, ianya menggunakan satu motor elektrik sahaja.Mitsubishi menyebut sistem iMiEV Sport ini dengan E-4WD atau Electric Power 4-Wheel Drive.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan