4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Ogos 2009

Lelaki di hukum bunuh


Lelaki ini dituduh memperkosa dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Lelaki yang bernama Yehya Hussein al-Raghwah tersebut diarak di sepanjang jalan kota kelahirannya sebelum ditembak mati oleh seorang perlaksana hukuman di hadapan ribuan orang.

Peristiwa terjadi apabila kanak-kanak tersebut yang bernama Hamdi al-kabas datang ke tempat pesalah semasa hari raya Aidil Adha pada disember tahun lalu. Setelah memperkosa tertuduh mencincang serta membuang mayatnya di luar kota.

Yehya mengenakan jubah putih diiringi keluar dari penjara oleh sekumpulan askar dan jelas kelihatan ketakutan diwajahnya. Dia kemudian diletakkan di atas hamparan kain merah di mana hukuman akan dijalankan.

Tiada ulasan: