KUALA LUMPUR - Tiada sesiapa yang menyangka semasa hujan gerimis dan serentak dengan waktu umat Islam bersahur pagi semalam, ada seorang lelaki menghampiri bangunan Menara Berkembar Petronas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan dan mula memanjat.
Hanya dalam tempoh 90 minit kemudian, lelaki Perancis (spiderman) itu, Alain Robert, 47, yang memanjat tanpa sebarang peralatan sehingga dikenali di serata dunia sebagai 'Spiderman Perancis', sudah berdiri di atas puncak menara dua bangunan berkenaan.
Dia yang sekadar memakai kemeja-T dan seluar jean, kemudian memacakkan Jalur Gemilang sebelum turun dari menara itu dan kemudian ditahan oleh polis selepas kehadirannya disedari oleh pengawal keselamatan menara berkenaan.
sumber teks kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan