Semuanya bermula ketika saya menerima panggilan telefon dari seseorang yang mengaku bahawa dari Maxis meminta saya untuk menutup telefon selama 2 jam untuk 3g update.Masa aku kelam kabut untuk mesyuarat, saya tidak mempersoalkan apapun dan terus menutup telefon bimbit saya. Selepas 45 minit saya merasa tidak sedap hati kerana orang yang telefon sebentar tadi tidak pula memperkenalkan dirinya.
Saya cepat-cepat menghidupkan semula telefon saya kembali dan saya menerima beberapa nombor panggilan; beberapa nombor daripada ahli keluarga saya dan nombor lainnya adalah daripada nombor yang menelefon saya dahulu; 3.954.380.
Saya menelefon ibubapa saya dan saya sangat terkejut bahawa mereka terdengar sangat bimbang dan bertanya adakah saya selamat. Orang tua saya mengatakan kepada saya bahawa mereka menerima telefon dari seseorang mendakwa bahawa mereka telah menahan saya dengan mereka dan meminta wang untuk melepaskan saya. Keadaan itu begitu real dan bahkan orang tua saya mendengar suara saya menangis untuk meminta bantuan. Orang tua saya sedang di bank untuk menunggu panggilan berikutnya untuk meneruskan untuk pemindahan wang. Aku memberitahu orangtuaku bahawa aku selamat dan meminta mereka untuk membuat laporan polis.
Tepat selepas itu saya menerima lagi telefon daripada orang meminta saya untuk menutup telefon saya untuk 1 jam. yang mana kali ini aku menolak untuk melakukannya dab membiarkan telefon.
Mereka terus menelefon telefon saya sampai bateri habis. Aku sendiri membuat laporan polis dan diberitahu oleh pegawai bahawa penipuan semacam ini selalu dilaporkan.Ada kes yang melaporkan bahawa mangsa telah memindahkan wang! Dan tidak mungkin untuk mendapatkan kembali wang. Bank hanya boleh kembali semula wang jika pemilik akaun bersetuju untuk melakukannya atau ada perintah mahkamah.
Berhati-hati dengan penipuan semacam ini mungkin berlaku pada sesiapa pun daripada anda!!! Orang-orang itu sangat profesional dan sangat meyakinkan semasa membuat panggilan. Jika anda diminta untuk menutup telefon anda untuk menaiktaraf oleh pembekal khidmat,semak dulu denggan teman2! Teman anda harus menerima panggilan yang sama.
Setiap Customer Service harus memperkenalkan diri mereka NAMA DI AWAL panggilan. Jangan pedulikan mereka jika anda tidak mendapatkan sebuah nama pada awal panggilan. Jika anda menerima Arahan dari nombor yang tak dikenali / orang yang anda tidak yakin, buatlah penilaian anda sendiri. TERBAIK adalah TIDAK RESPON, Jika boleh sediakan nombor alternatif untuk mengelak perkara begini dan jangan lupa beritahu kenalan dan saudara anda nombor alternatif tersebut.
sumber dan diterjemahkan disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan