Apa dah jadi dengan manusia sekarang, kerana prosedur yang dicipta manusia, mereka semakin lupa dengan konsep kemanusiaan. Tergamak jururawat sebuah kelinik swasta hanya melihat dan membiarkan Norhayati Hambadley melahirkan anak di tempat letak kereta dibidankan suaminya.
Kejadian itu pula disaksikan oleh tiga lagi anak kecil beliau yang ikut bersama ke klinik swasta berkenaan. Apakah jenis manusia yang tergamak melihat sahaja manusia lain yang bersabung nyawa. Kalau jadi pada mereka sendiri, macam mana pula, ingatlah balasan tuhan itu kadangkala sukar dijangka.
sumber kosmoonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan