KUALA LUMPUR: Ganjaran bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah kereta Peugeot 308 serta Kia Optima menanti pemenang pertandingan mereka cipta blog, Blog For FT yang menggalakkan orang ramai mempromosikan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera.
Pertandingan kelolaan Kementerian Wilayah Persekutuan berlangsung selama tiga bulan bermula semalam itu adalah kempen yang julung kali diadakan dengan perkembangan media baru dalam menonjolkan imej wilayah ini di mata dunia menerusi perspektif dan pengalaman penghuninya sendiri.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cetusan idea hasil pertemuan dengan bloggers pada awal pelantikannya itu direalisasikan kini bagi menyemarakkan lagi semangat gagasan 1Malaysia dalam mengukuhkan rasa kekitaan dikalangan masyarakat khususnya di ibu kota.
“Peserta boleh menulis apa saja perkara positif dalam bentuk teks, visual, audio, video dan bermacam lagi mengikut kreativiti penceritaan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris dengan menyentuh apa juga aspek termasuk komuniti, sejarah, kemanusiaan, pelancongan atau makanan.
“Istimewanya, semua blog penyertaan akan diikuti seluruh masyarakat termasuk luar negara dan sebagai ganjaran tambahan, pemenang bakal membawa pulang kereta mewah, motosikal, komputer Dell, Blackberry, Sony Playstation, Sony PSP, Ipod serta wang tunai,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.
Bagi membolehkan semua peringkat usia dan masyarakat luar menyertai Blog For FT, penganjur membuka empat kategori utama iaitu Junior (18 tahun ke bawah), Umum dan Media selain kategori antarabangsa yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan hotel lima bintang di negara ini.
Raja Nong Chik berkata, blog mengenai keistimewaan Wilayah Persekutuan itu juga antara inisiatif menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini malah sambil mempromosi, peserta boleh memberikan komen membina memajukan lagi Wilayah Persekutuan.
Pemenang dinilai berdasarkan undian awam sebanyak 30 peratus manakala bakinya adalah pilihan juri khas termasuk bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dan pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan syarat penyertaan untuk peraduan yang ditutup pada 5 Januari 2010 itu, anda boleh melayari www.blog4ft.com.
sumber
1 ulasan:
Salam,
Saya pun telah follow blog awak. Jadi foto saya ada di widget follower blog awak. Tapi kenapa foto awak tiada di widget follower saya sekiranya awak dah follow blog saya? Mohon penjelasan. Thanks.
Catat Ulasan