4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

Syarat kemasukkan ke MRSM 2010


Mulai tahun 2009, MARA akan mewujudkan MRSM (AGAMA) di Kota Putra, Besut. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.




A.SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM AGAMA :

1.Warganegara Malaysia.

2.Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i)Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.

3.Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) atau sekurang-kurangnya 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Agama), berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.

4.Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemuduga.

B. CARA MEMOHON BORANG


1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke PEJABAT MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

2.Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang.

3. Bayaran sebanyak RM5.00 ( Ringgit Malaysia : Lima sahaja ) boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

C. TARIKH TUTUP JUALAN BORANG PERMOHONAN
Tarikh tutup jualan borang permohonan adalah 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah tidak lewat dari 3 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan ke alamat seperti yang berikut :

Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.


E. NOTA PENTING

1.Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

3.Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan
persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI)
Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.

5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA


sila rujuk ke SUMBER ASAL





Tiada ulasan: