4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 November 2009

kenderaan 15 tahun tidak perlu pemeriksaan


Kerajaan telah mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan untuk menjalankan pemeriksaan bagi kenderaan yang berusia 15 tahun keatas. Saya percaya keputusan ini melegakan banyak pihak terutama rakyat yang berpendapatan rendah.

Tetapi jangan pula langkah alternativenya juga membebankan rakyat dalam cara yang lain. Kerajaan akan mencari jalan terbaik dan berkerjasama dengan JPJ bagi memastikan kenderaan berusia 15tahun selamat di jalan raya.

Masih berkisar kenderaan berusia 15tahun tidak selamat. Adakah kenderaan berusia kurang 15tahun itu selamat. Apakah maksud selamat? Kurang kemalangan, lebih sistem seperti ABS, EBD, LSD dan sebaginya atau kosmetiknya.

Walaubagaimanapun, keputusan yang bijak dan di harap agar tiada pihak pula yang mengsensasikan perkara ini, maklum lah perangai manusia ini bermacam-macam, buat begini tak kena buat begitu pun tak kena.







Tiada ulasan: