4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 17 November 2009

LPS kecewa atas kesepian dunia terhadap fatwa terkini Rabbai Yahudi

Ahad,15/11/2009 – Liga Ulama’ Palestin (LPS) telah melahirkan rasa bimbang terhadap masyarakat dunia yang mendiamkan diri terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh rabbai Yahudi yang menghalalkan pembunuhan non-Yahudi. LPS membuat satu kenyataan pada hari Selasa bahawa keputusan yang dikeluarkan dalam buku The King’s Taurat ditulis oleh rabbai, Yitzhak Shapiro mencerminkan “mentaliti dahagakan darah” yang membolehkan membunuh bayi dalam rangka mencapai penindasan kaum dan keuntungan politik.

Sebagai peringatan, perang terhadap Gaza baru-baru ini cukup memaparkan tindakan kejam keputusan ini, seperti ketika pembunuhan kanak-kanak, pokok-pokok ditumbangkan dan infrastruktur dihancurkan, serta mengimbau kembali saat penyembelihan terhadap rakyat Palestin. Kumpulan Ulama’ Palestin itu turut terkejut melihat kesunyian dunia yang kononnya “bertamadun” ini, sepi seribu bahasa terhadap fatwa baru dari Rabbai Yahudi itu, bahkan jika seorang Ulama’ Muslim menyeru umat dunia bertindak balas dengan label Islam, mereka pula dianggap sebagai “pengganas dan haus darah .

“Ini sangat aneh bahawa PBB, UNICEF, The Vatican dan kumpulan hak asasi manusia tidak bertindak balas terhadap keputusan yang membenarkan pembunuhan kanak-kanak”, ujar LPS ketika ditemuramah. LPS turut menyatakan bahawa rabbai yang mengeluarkan hokum tersebut harus ditahan dan bukunya mesti dihalang daripada diedarkan.







Tiada ulasan: