4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI
Cari Blog Ini
Rabu, 2 Disember 2009
Belalang gergasi
Dulu opah saya cakap dia ada makan belalang kunyit yang saiznya lebih besar dari belalang sekarang. Masa saya kecil dulu pun ada juga terjumpa belalang saiz sebesar pemetik api kriket, tapi sekarang sudah tidak ada lagi.
Dulu ada juga rama-rama bersaiz besar, lebih kurang sebesar pinggan makan. Rama-rama mekah opah saya cakap. Boleh kata kerap juga rama-rama ini singgah di rumah. Tapi sekarang tiada lagi.
Dulu pukul 1.30 selepas balik sekolah pagi sebelum makan tengahari terus pergi ambil pancing letak tepi parit (tali air), lepas balik sekolah agama pukul 5.30 petang terus angkat pancing mesti ada paling kurang ikan keli atau haruan. kalau letak dua pancing insyaallah dua-dua boleh dapat, sekarang tiada lagi.
Dulu tanah belakang rumah boleh tanam padi, boleh tangkap sepat, puyu dan kadang kala pergi menimba ikan dan kongsi beramai-ramai, tapi sejak lebuhraya dibina bendang tidak dapat masuk air, padi tak boleh tanam dan ikan semua tiada lagi.
Kerana dulu semua ada, perbelanjaan pun kurang, makanan semua bebas toksid, jarang kena sakit, duit jual padi boleh dikatakan hampir sama dengan gaji setahun pekerja pangkat pegawai rendah swasta. Manggis, durian, rambutan dan lain-lain menambah pendapatan. Malam boleh bersama keluarga, yang lelaki ikut ayah ke masjid solat jemaah. Yang perempuan bantu emak didapur menanti ayah pulang dari masjid.
Hidup bagaikan rantaian, satu diubah yang lain akan turut berubah. Dan adakah kita berlumba kepada lebih baik atau lebih buruk?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
trime kseh
Catat Ulasan