Harga minyak Ron 97 sekarang Rm 2.15 dan Ron 95 Rm1.85 bermula 02hb Nov 2010. Mungkin kenaikan harga minyak tidak memberi tekanan atau kesan kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan seumpama gaji bulan lepas masih belum terusik sudah dapat gaji baru.
Atau kepada tokey-tokey MLM yang hantar email spam ke dalam akaun saya yang mempunyai pendapatan sehingga Rm100,000 sebulan yang mana kata indah mereka sungguh indah. Kad kredit menjadi kad debit, seminggu menghasilkan RM30,000.00, makcik berumur 60tahun menghasilkan 18 ribu dalam masa 2 minggu dan macam-macam lagi. Kepada orang macam ni apa nak heran kalau minyak naik 5sen ke 10sen.
Untuk bekerja saya menggunakan proton saga tahun 1991 (dah banyak berjasa), tetapi setelah setahun lebih (kurang ingat) menggunakan ron95 kereta kebal (sebab semua buat dari besi termasuk bumper) saya tu semakin meragam, spark plug kerap kena tukar sebab selalu terdapat macam ketulan di kepala plug, pickup dah kurang dan selalu juga missfire, kereta tua ini perlukan tenaga yang baik maklumlah dah lama, kebuk pembakaran pun dah tua.
Kemudian saya gunakan semula Ron97, ehmmmm syok sikit katanya. takpa la mahal sikit asalkan penyelanggaraan kurang.Tapi nampak gayanya mulai semalam kenalah kembali ke ron95 dan terpaksalah menanggung kos penyelenggaran yang kerap..BAGUS..BAGUS untuk pemilik bengkel tapi untuk saya? habiskan lah simpanan yang ada. Lepas tu diorang cakap pula rakyat Malaysia tak pandai menyimpan..Sudah tak ada yang lebih macam mana nak menyimpan...kalau nak cerita panjang berjela macam cerita bagau oh bagau kenapa engkau kurus sampai bila tak habis.
Dulu kerana mulut badan binasa sekarang Kerana Minyak Badan Merana...Lepas ni kena hidup macam koboi kat kampung, beli kuda padi sekor, tanam sayur keliling rumah, buat kolam bela ikan, pakai kuasa angin untuk jana elektrik, potong astro, internet kena ada nak blogging. Semua kegunaan harian tak perlu mengharap sesiapa atau dunia luar. Kalau semua orang buat macam ni maii kita tengok apa jadi bila tak ada permintaan...sebenarnya in perancangan aku untuk pencen, nampak gayanya kena mula awal la. hehehe
Kemaskini 09hb Nov 2010.
Tak kenal maka tak cinta, itulah yang orang selalu kata. Selepas kenaikan minyak baru-baru ini saya mencari Ron95 dari pelbagai jenama untuk membuat percubaan. GILA, ada orang cakap semua minyak sama kat mana pun jenama aje berbeza. Itu diorang punya pendapat. Selepas ujian saya dapati Ron95 dari Petronas mempunyai lebih umphhhh dari yang lain..So sekarang kereta lama dan baru dua-dua guna Ron 95.
Lagipun sekarang ada peraduan kat Petronas, Isi Rm30 melayakkan menang RM100,000.00 seminggu dan hadiah-hadiah lain. Mana nak tahu kalau Allah nak bagi rezeki melalui Petronas..amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan