Bagaimana wanita korea mempunyai tubuh badan yang ramping dan perut yang tidak buncit. Jawapannya bermula dengan pisang. Amalkan memakan pisang dan minum air kosong yang tidak sejuk atau panas (pada suhu bilik) di waktu pagi (sarapan pagi)
Kedua
Amalkan memakan nasi dalam kadar yang kecil diwaktu tegahhari atau malam (malam seeloknya sebelum pukul 8 atau 9). Sebagai contoh makan nasi hanya bersaiz secawan (cawan teh) tetapi dilebihkan sayuran dan lauknya. Jika nasi sudah habis dan anda masih lapar pada waktu yang sama, ambil salad dan penuhkan dengan lauk-lauk lain yang ada seperti ikan dll (apa yg ada diatas meja waktu itu tidak termasuk nasi), ulang jika perlu (sekali lagi tanpa nasi).
Ketiga
Banyakkan warna di dalam makanan anda dan bukannya warna keemasan sahaja seperti gambar dibawah. Menurut Jamie Oliver tabiat pemakanan kebanyakkan orang adalah yang berwarna keemasan (bergoreng) daripada berwarna lain.Jika anda lihat diatas meja anda banyak berwarna keemasan, ini bermakna anda mengamalkan pemakaanan yang kurang sihat.
Makanan anda sepatutnya berwarna begini (gambar bawah)
Keempat
Minum air dalam kadar yang sedikit demi sedikit, bermaksud sekali minum jika boleh hanya secawan kecil dan ulang jika perlu. Minum dalam kadar yang banyak akan menyebabkan perut anda mengembang dan sekiranya dilakukan selalu maka kembangan tersebut akan berterusan (macam getah yang direngangkan tidak akan kembali ke bentuk asal).
Kelima
Mestilah senaman, tak perlu beria-ria pakai seluar trek, kasut sukan berjenama atau baju khas baru nak bersenam. Jalan-jalan ke hujung lorong rumah kemudian patah balik, itu pun dah cukup kalau 3 perkara diatas diamalkan. Kepada abang-abang pencinta kereta tu baik cuci kereta sendiri dari hantar ke kedai kurang-kurang boleh senaman sikit dan dapat kekalkan kilatan kereta, lagipun ada juga terdengar cerita pemilik kedai cuci kereta guna sabun pencuci kain supaya dapat lebih buih. So kalau selalu cuci kat diorang habislah pudar warna kereta (saya cuci kereta tak pernah pakai sabun/pencuci/syampu kecuali sportrim guna pencuci pinggan).
2 ulasan:
susah betul nk kempiskan perut....
o
cara2 di atas tu dah terbukti berkesan. sebelum ini saya pakai seluar saiz 34 tapi sekarang 32. Tapi rasanya saiz 30pun dah boleh sekarang.
Kalau perut boroi ni bukannya apa, bila beli seluar pinggang ok tapi kaki plak panjang so kena hantar adjust. malas la plak.
tapi saya diet makan pisang pagi tu tak buat pun. kdng2 stok habis. tapi lepas dengan Jamal abdillah kata sebelum sehari sebelum konsert dia makan roti sebab roti boleh serap apa2 kat kerongkong.
So saya makan roti la pagi2, tapi ambik yg best sikit la Gardenia yg cokelat tu atau butterscoth. Rm4 sebungkus.
But the result is good. Tips yg lain tu kena ikut.
Catat Ulasan