Search This Blog

Loading...

ONLINE STORE / OFFLINE STORE

Sunday, February 27, 2011

Lain rupa lain rasa


Andaikata kita memandu kereta diatas dan berlaku pulak sedikit kesalahan, contoh nya berhenti sekejap selama lebih kurang 30 saat dihadapan sekolah untuk mengambil anak. Pasti tanpa segan silu anda akan dijerkah untuk terus berjalan.

Andai anda membuat perkara yang sama tapi memandu kereta dibawah nescaya pemandu dibelakang akan boleh bersabar, lagi bersabar kalau dia memandu honda civi lama aje.



Begitu la pandangan sesetengah orang di dalam masyarakat kita cepat menjatuhkan hukuman pada pandangan mata kasar. Walaupun senario di atas dipandu oleh orang yang sama cuma berlainan hari. Jika anda nampak kurang sikit daripada mereka dengan cepat mereka merendahkan anda. Apakah kita tidak boleh bergaul dan bersopan dengan semua lapisan masyarakat. Rugikah kita jika menghormati orang lain.

Senario yang sama juga jika anda seorang peniaga didatangi pelanggan yang berpakaian kemas, berkemeja, bertali leher dan berkasut kilat. Perkara yang sama juga akan berlaku, pelanggan akan lebih mendabik dada dengan menunjukkan kepandaianya, tapi dia tidak tahu peniaga cikai tersebut mempunyai Ijazah dengan kepujian dan dianya hanya spm cukup-cukup makan.

Apa salahnya sesiapa pun didepan kita, kita sama-sama menghormati. Apa yang penting jangan memandang rendah akan seseorang.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahukah anda

Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.