4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Februari 2011

Nasihat

Dulu kita hidup bermasyarakat, aman damai. Makcik Gayah boleh menegur anak Makcik Timah yang selalu masuk hutan atau bendang untuk tangkap ikan karing. Cukup mudah makcik Gayah sampaikan kepada makcik Timah. Apalagi siapla si Leman bila balik tangkap ikan, mesti dikerjakan dek makcik gayah. Makcik gayah pasti membebel dekat Leman, jangan ke bendang tengahari, jangan pergi hutan sana banyak ular dan macam-macamlah yang dibebelkan.

Petangnya pula makcik gayah kadang-kadang menjamu anak makcik timah dengan pisang goreng atau makan jambu air dipangkin bersama Leman, anak makcik timah Dolah dan kawan-kawan yang lain. Kita ni kena sama-sama jaga, kalau tak sama-sama tengok anak kita sapa lagi nak kawal budak-budak yang tengah buas ni, kata makcik Gayah dekat makcik timah. Ye la Gayah, hang pun kalau nampak si Dolah buat kerja tak berfaedah hang bagitau kat aku, takpun hang jerit je kat dia maklumlah aku bukannya nampak dia setiap masa.

Itu senario dulu..segar diingatan aku. aku bersyukur kalau makcik sebelah report dekat mak aku kalau aku masuk lubok ikan, masuk hutan semasa aku nakal. Kalau tak kerana makcik sebelah mungkin kerana kenakalan aku dah alami mimpi ngeri atau kecelakaan masa tu.

Tapi sekarang jangan kan nak tegur anak makcik sebelah atau jiran sebelah, kalau ditegur anak saudara sendiri pun akan dikecam dengan pelbagai-bagai kata kesat. Tak reti jaga anak sendiri ke, macam anak dia baik sangat. Kerak nasi kalu direndam lama-lama akan menjadi lembut. Pepatah yang digunakan orang dulu untuk menunjukkan hati yang keras boleh dilembutkan dengan masa. Tapi sekarang kita yang nak mendidik jika berkali-kali dijerkah, ditengking  lama kelamaan hati akan menjadi hancur juga macam kerak nasi. Biar lah anak hang nak jadi apa pun. Jadi siapa yang rugi?


Tiada ulasan: