4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 11 April 2011

Kenapa dia mesti marah

Ada perasaan marah pada penghantar komen bernama "Jesse" di atas artikel Aishah Bukhari dan kisah seumpamanya.

Komen beliau: "saya x tahu kenapa org melayu a.k.a muslim ni sangat anti dengan org yg murtad..korang x terfikir ke?bile org dari agama lain masuk islam,,kamu sambut dengan senyum tawa dan gembira.apebile dorang(muslim) menganut agama lain pula kamu ajukan dengan kutukan??non-muslim ni kire hina btl ke bagi korang?mane otak korang ni?"


Dari gaya penulisannya menunjukkan dia seorang berbangsa melayu, lihat pada perkataan "apebila" atau dari bangsa lain. Apa pun yang pasti dia bukan beagama Islam. Jika dia berbangsa melayu dan bukan beragama Islam bermakna dia adalah dalam kelompok seperti artikel berkenaan. Jadi itulah puncanya dia marah.


Kami sambut kerana kami sayang, kami marah juga tanda kami sayang. Apa yang membuat kami marah adalah bagaimana penganut kepercayaan lain cuba memesongkan aqidah dan cuba menyesatkan umat-umat Islam tanpa rasa jemu semenjak kewafatan Rasullullah SAW lagi.


Lihat contoh apabila buku bible diterjemahkan dalam bahasa melayu, apakah tujuannya? dan apakah tujuannya Jesus nak disamakan dengan Allah. 

Siapa yang lebih tidak berotak kamu atau siapa? Saya akui ramai Melayu yang tidak berotak kerana membiarkan perkara ini berlaku. Kita masih mahu menjaga airmuka orang lain sedangkan airmuka kita sewenang-wenangnya dicalar.

kepada komen ini :"Kalau ada link to the reference of your stories would be the best and more believable by others. thank you:)" minta maaf untuk anda. Artikel ini dimasukkan diawal saya melibatkan diri dalam dunia blog. Seandainya saya tahu akan kepentingannya pada masa itu sudah pasti saya akan lebih berhati-hati dengan memasukkan sumber rujukan. 

Artikel ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa, cuma sekadar untuk mengigati sesama Islam bahawa acara-acara mereka telah berjalan dengan lancar bagi menyesatkan umat Islam. Agenda besar mereka adalah pecah dan perintah. Oleh lupakan sengketa lama dan sudah tiba masanya kita bersatu.


Gempar di taiping bible melayu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

you all ni bodoh ker aper? Jesus disamekan dengan ALLAH? kamu dah habis bace ker alkitab? even you all dah khatam pun.. faham ker?
tak pernah ada dalam ajaran mane-mane agama untuk memburukkan agame laen tau.... sesaje jer korang yang buat fitnah....