4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 26 April 2011

Musim durian

Musim durian kali ini berpeluang bawa anak ke kebun durian, biar diorang rasa bagaimana kaedahnya atau susahnya nak kutip durian. Anak-anak kota kebanyakkannya sudah tidak biasa dengan suasana kampung. Macam mana diorang nak rasa kalau abah dan emak asyik berkerja menongkat dunia.

sibuk mengeluarkan buah durian 

Pengalaman begini sukar dicari, sambil mengutip durian dan diselang-seli dengan cerita-cerita dulu bagaimana orang menjaga dusun durian sehingga terpaksa membuat dangau/pondok untuk berjaga malam, maklumlah penyagak kan banyak. Sebiji durian besar jika dijual kepada peraih/pemborong harganya lebih kurang Rm8/rm10 sebiji. Kalau penyangak/pencuri berjaya menjual 10biji sehari maknanya mashuklah rm100 sehari.

Menurut emak durian masih dicuri di kebun kami, tapi mak mengambil kaedah mudah, udah rezeki dia nak dapat curi biarkan aje la. lagipun kita tak jaga. Mak juga menanam pokok durian baru untuk anak cucu katanya. Kata emak lagi kalau kita tanam tumbuhan atau pokok buahan kita niatkan " aku tanam pokok ini untuk makhluk-makhluk Allah tumpang berteduh atau makan" jadi berkatnya lebih, pahala tak putus selagi ada yang menumpang nikmat.
Pokok bunga apa ni? pelik

Nyamuk, pacat, lumpur dan bunyi serangga hutan akan menjadi perkara ngeri bagi yang belum biasa. Bagi yang sudah sebati itu adalah satu nikmat. Jadi musim kali ini anak-anak berpeluang merasa digigit pacat, dihurung nyamuk, ditakutkan dengan bunyi serangga hutan dan merasa tusukan duri durian. 


Buah durian baru dikutip. Hari ini sahaja dapat RM160.

Bagi saya apa yang perlu dipelajari adalah kita seharusnya dekat dengan alam semulajadi, kehidupan kota dan kemewahan harta benda bukan segalanya didunia. Berbakti kepada tanah nescaya kita akan merasa nikmatnya dan sesunguhnya kedamaian adalah sesuatu yang sukar dicari. Hidup didunia amat singkat seharusnya kita nikmati semasa ianya ada. 

ps: anak cousin saya tak kenal ayam..hahahaha..

1 ulasan:

pipoq berkata...

tul tu..generasi sekarang ni kadang kadang tu ajak balik kampung pun tak nak.. asyik hanyut dengan kemodenan je sampai lupa asal usul..