Tiang lampu ini sedang tunggu masanya. Andaikata kalau ada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang tersilap pegang buruk padahnya. Bukan itu sahaja, bayangkan jika ada litar pintas yang mengalirkan elektrik ke tiang lampu ( tiang lampu ni konduktor elektrik ke?) dah tentu mudah saja dapat mangsa. Rasanya ada tangan gatai yang curi penutupnya.
Tiang terletak di kawasan orang ramai di stesen bas Taiping, berhadapan penjual surat khabar. Jika ada pekerja TNB Taiping yang terbaca artikel ini harap-harap dapat le membantu walaupun diluar skop kerje kome kata orang Perak. Kerja itu ibadah Yop, jangan nampak buat tak tahu aje "bukan department teman punya keje ni"
Hari ni teman buka "label" baru masyarakat, semenjak dua menjak ni minat pelak ngan tangkap gambor. kadang-kadang pakai hanphone pun jadi. Dalam "label" masyarakat ni teman nak masuk artikel macam Mazidul (dua tiga hari ni mazidul banyak kejor hantu pulak dah, teman tak berani buat yang ni.) yang ada hubung kait dengan orang ramai, tapi takyah yang kontrovensi sangat.
hehehe: tahniah line tnb 15454, dulu rumah tak ada elektrik saya call dia, dah selesai masalah dia call balik tanya dah oke ke.Pastu selang beberapa bulan terputus bekalan pulak pagi2 kul 3am. Saya call dia, terus dia sebut nama dengan no lorong rumah, fuhh cekap betui..tahniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan