4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Julai 2011

Maxis Celcom Digi kredit hilang

Sejak kebelakangan ini saya banyak menerima masalah kredit pelanggan hilang terutama dari pengguna Maxis, kedua Celcom (maklumlah ini yang ramai pengguna sekarang). Ada beberapa cara kredit anda boleh hilang, diantaranya.

1. Phishing kaedah pancing. yang mana pelanggan akan dihantar sms untuk melanggan sesuatu perkara dan akan dikenakan charge tertentu. Ayat yang power membuatkan pelanggan terjebat. Asalnya hanya dihantar seminggu sekali dan akhirnya menjadi semakin kerap. Jika beberapa kali mereka cuba menghantar sms kepada anda tetapi gagal kerana anda kehabisan kredit, awas bila anda masukkan kredit anda semula anda akan kehilangan satu jumlah yang besar daripada sms yang mereka gagal hantar. Jadi jangan layan segala bentuk sms yang meragukan.

2. Teknik menghantar sms tanpa ada sebarang maklumat (sms kosong) biasanya dari nombor 63888 begini. Apabila anda menerima sms dan terus membuka sms berkenaan kredit akan dipotong dan apa yang dipaparkan cuma "message cannot been displayed", RM3 akan hilang.-Jadi jangan terus membuka sms anda, sebaiknya masuk melalui message>inbox> lihat penghantarnya. Jika dari 63888 abaikan dan terus delete.

3. Teknik ketiga lebih merbahaya. Klon simcard. Simcard anda mungkin telah diklon oleh orang yang tak bertanggungjawab. Bila anda tambah kredit dia juga akan menerima sms kredit telah ditambah. Ia seolah-olah 2 simcard yang mempunyai identiti yang sama di hanphone yang berlainan.-Jadi tiada pilihan bagi anda melainkan menukar nombor lain, atau tukarkan nombor anda ke operator lain dan berhati-hati semasa menghantar handphone anda ke kedai untuk service atau apapun, pastikan simcard anda disimpan.

Satu komen dalam forum berkenaan klon simcard

With the SIM Card Clone kit you can clone your current SIM card and hace a
second SIM that will work on a different GSM phone.

Or you can have different SIM cards from different operators all cloned into
a single SIM card to be used in a single phone.

antara alat pengklonan simcard

hehehe: anda boleh buat google search cloning simcard, betapa banyaknya kaedah-kaedah yang diterangkan dengan jelas. Semakin baik teknologi semakin banyak penjahat.

3 ulasan:

Ahmad berkata...

ASSALAMUALAIKUM... SY PENGGUNA DIGI. KREDIT SY TIAP ARI KNE SEDUT. ANTAR MSJ CAJ X TETAP. KEKADANG 15 SEN, KEKADANG 19 SEN. 1KOL PUN GTU. X TPON PUN KNE SEDUT SHGGA LBH RM1 1 ARI. SLALU MSK MSJ YG X DKEHENDAKI, SLALU IKLAN LA. DORG X JUAL MKLMT PENGGUNA? TIPU LA. DORG NI KLU SAMAN RAMAI2 DH PASTI BANKRUP. LAHABAU BTUL TUL.

ahazeman berkata...

Kalau camtu jom tukar.. Onexox

ahazeman berkata...

Kalau camtu jom tukar.. Onexox