Kalau nak berniaga selalunya kita bersungguh-sungguh, bersedia setiap masa, memang mengharapkan ada tempahan akan masuk atau mengharapkan pelanggan menghubungi kita barulah ada keuntungan. Tapi sesetangah peniaga di mudah.my ini sudah megantuk dan tertidur berhari-hari agaknya.
Saya ada berminat membeli satu barang yang diiklankan di mudah.my, bila dihubungi tak dijawab, bila di sms tak juga dibalas. Tak fahamkah bahasa yang saya gunakan, kalau dia iklankan dalam bahasa inggeris saya akan hantar sms menggunakan bahasa inggeris dan sebaliknya juga. Masuk hari kedua masih tidak ada jawapan, bukan satu penjual yang saya hubungi tapi 8 orang, semuanya bersikap sama.
Kalau tidur biar berpada-pada
Dihujung hari kedua saya cuba menghubungi kesemua pengiklan tadi dan jawapan mereka semua sama, sudah jual. Kalau dah jual kenapa tak keluarkan sahaja iklan anda, kenapa masih biarkannya disana selama lebih seminggu. Kalau mahu glamer sekejap silalah balas sms pembeli, paling kurang "TQ bertanya tapi sudah jual"
hehehe: Siapa boleh tidur mata celik dia boleh jadi JAGA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan