4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Khamis, 1 Disember 2011

Peti pos pelik

Peti pos pelik, bukannya bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tapi tengoklah keadaannya seperti melepaskan batuk ditangga atau mungkin ada cara atau teknik lain yang saya tidak tahu untuk memasukkan surat kedalamnya jika kita sedang memandu berseorangan.

Memandangkan kenderaan di Malaysia ini pemanduannya disebelah kanan tapi kenapa peti posnya terletak disebelah kiri. Jika nak dikatakan peti ini wujud sudah lama tapi sudah lama juga pemanduan di Malaysia ini disebelah kanan.

peti pos mesra pejalan kaki sahaja

Kejadian yang merumitkan berlaku semalam semasa hendak memasukkan surat kedalam peti pos berkenaan, dalam keadaan hujan yang hampir lebat saya terpaksa keluar dari kereta dan sudah tentu basah, bukan sahaja badan basah tapi dalam kereta pun dah masuk air bila angin meniup kedalam kereta.

Mungkin Pos Malaysia fikir tak banyak orang yang nak pos surat begini tak perlulah ubah kedudukannya, atau mungkin mereka boleh berfikir kerana perkara kecil ini lah orang malas nak gunakan perkhidmatan pos.


hehehe: kalau ada orang sebelah kiri pun tak boleh juga masukkan surat dari dalam kereta kerana keadaan peti surat yang berada di tebing jalan disebelah dinding..walaweh payah nak explain..macam dalam gambar tu lah.

Tiada ulasan: