4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 14 April 2009

Ilmu silat dan Jin

Teringat suatu ketika dahulu terdapat beberapa kenalan yang mempelajari ilmu silat yang pada pengetahuan saya ada melibatkan unsur-unsur luar seperti jin. Mereka yang taksub akan menjadi seperti dirasuki sesuatu sewaktu bersilat. Saya melawati ke web Jakim untuk mencari jawapan, berikut adalah petikan dari web Jakim.

Segala bentuk silat yang ada kaitan dengan jin adalah dilarang dan diharamkan.Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud : 

Dan janganlah engkau ( Wahai Muhammad S.A.W.)menyembah atau memuja yang lain dari Allah SWT , yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan tidak dapat juga mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya kamu mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang -orang yang berlaku zalim"( terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)".

Pada kebiasaannya setiap orang yang bersahabat dengan jin ketika hampir meninggal dunia akan diganggu dan susah nyawanya berpisah dari badan.

Panel menasihatkan agar tuan mengelakkan diri dengan sebarang kegiatan silat yang ada kaitan dengan jin.Oleh itu ceburilah mana-mana kegiatan yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tiada ulasan: