4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 14 April 2009

Penternakan keli organik.



Percaya atau tidak keli sekarang boleh dibela dengan cara yang amat mudah dan berkesan. Penternakan organik ini memerlukan penjagaan yang minima dengan kos minima.

Penternakan ini bolehlah dikatakan sebagai penternakan bonus kerana fokus kerja hanya pada peringkat permulaan sahaja. Selebihnya hanya perlu menambah air untuk tempoh matang 3 bulan.

Gambarajah A

TEKNIK MATIKAN KOLAM (kolam simen,canves,Politank dan Fiber)

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)

2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)

3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 buah)

4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)

5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10X10)

6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.

7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.


PENYEDIAAN KOLAM(lihat gambarajah A)

1) Masukkan air 7 inci

2) Masukkan Makanan B1 mengikut kuantiti keli ( 2000 keli = 1 beg/5kg B1)

3 )Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air.

4) Masukkan pokok kangkong 1/4 dari permukaan air.

5) Biarkan Selama 3 hari.

6) Masukkan benih keli bersaiz 3 inci

7) Selepas 1 bulan tambah air kepada 12 inci (Sebab ikan sudah besar)

8) Tunggu hingga boleh jual (lebih kurang 3 bulan)

KEBAIKAN KAEDAH

1) Jimat kos,Tenaga dan masa

2) Tidak perlu salin air tetapi tambah

3) Tidak perlu mesin Oxsigen

4) Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti (RM 6.00 sekilo)

5) Menghasilkan keli yang halal

6) Air bersih dan tidak berbau

7) Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata)

8) Keuntungan yang tinggi


credit to alimshah



1 ulasan:

nashbib berkata...

Kolam 10x10 bolih masukkan 2000 anak ikan keli? Kalau 7x4 kaki berapa anak ikan keli yg bolih dimasukkan dan juga kiraan makan B1? Tlg SMS saya di 019-3582058. Terima kasih.