4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Ahad, 3 Mei 2009

Awas dengan Freemason

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya.

Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak ternilai, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.

Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang diamalkan dan dianuti. Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti ‘pemegang cahaya’. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain.

Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup “Lodges Of The Grand Orient” (sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita. Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.


Antara logo-logo freemason

Apakah Freemason?

Freemason adalah satu organisasi rahsia yg bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yg dianggotai oleh lelaki yg dipilih oleh mereka, bermakna
membership on invitation only.Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negative, elemen penting dalam pemujaan.Di Malaysia, kelab kebajikan (kononnya) seperti Lions, Rotary etc adalah sebenarnya cabang Freemason.Ada juga pendapat yang mengatakan yang mereka nih sebenarnya meneruskan misi Knight Templer

Pangkat dlm Freemason
Mereka ada pangkat2 tertentu. Ada dua sect yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge. Ada 33 pangkat semuanya. Tapi di Amerika cuma ada 32 level, untuk ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland. Lihat lambang kerajaan Amerika, cuba kira berapa helai bulu pelepah burung tuh pada kedua-dua kepaknya.Tapi harus diingat, tak semua ahli Freemason tahu mereka menganggotai satu persatuan yg amat berbahaya. Ini adalah kerana cuma kereka yg berpangkat 31 ke 33 (tertinggi) sahaja yang tahu tujuan dan motiv sebenar kumpulan ini. Ada satu pendapat utk peringkat tertinggi yang mengatakan ahli bahawan harus ditipu dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan itu kerana mereka masih mentah.

Kelayakan keanggotaan.
1. Bebas, bukan hamba sahaya.
2. Lelaki
3. Mempercayai Makhluk Agung sebagai pencipta, maknanya harus percaya pada kewujudan Tuhan.(Tuhan mana satu?)

Di Malaysia
Gerakan bawah tanah seperti Freemasonary dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Jika kita sebagai umat Islam tidak sedar dan masih berbalah di antara satu sama lain maka matlamat mereka mungkin hampir tercapai, jadi marilah kita semua umat islam mencari kebenaran dan kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dan sama-sama lah kita mengingati antara satu sama lain agar segala yang kita lakukan diredhai Allah SWT.

Antara bangunan Freemason yang terdapat di Malaysia.




Tiada ulasan: