actually saya dapat ni dari email (masuk spam) tapi kandungannya menarik, so ambik sebagai tauladan ye.
RM500 atau RM10,000 sebulan), biasanya, perkara pertama
yang kita akan buat ialah berikan gaji kita kepada bank
(ansuran kereta, rumah dan kad kredit). Kita juga baik hati
dan berikan gaji kita kepada TNB, Astro, SAJ. Oh ya, tidak
lupa juga kita berikan gaji kita untuk jadikan Tesco, Giant
dan restoran mamak jadi lebih kaya.
Masalahnya ramai yang LUPA untuk berikan gaji kepada diri
mereka sendiri terlebih dahulu. Hasilnya selepas berkhidmat
selama 30-40 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan
melainkan kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit
pencen yang cukup makan sahaja.
Jadi Rahsia kekayaan #8: Anda mesti membayar paling kurang
10-30% kepada diri anda terlebih dahulu, kemudian barulah
berikan kepada orang lain. Buatlah secara automatik,
melalui potongan gaji dan simpan dalam ASB, ASW atau dana
amanah lain.
Anda mungkin tidak percaya hebatnya rahsia kekayaan #8 ini,
lihat apa yang terjadi kepada pakcik Y menjana RM700,000,
dimana saya terbaca kisah beliau dalam satu blog baru-baru ini:
--- Kisah Benar Pakcik Y ---
Pakcik berkahwin awal tahun 80'an. Untuk 10 tahun pertama,
pakcik dan makcik berjimat2 cermat sakan. Pakcik simpan
dari RM1k, makcik dari RM500 sebulan dalam ASB/ASB,
kemudian tambah sikit2 bila ada promotion tanpa bermewah-mewah.
10 bulan setahun kami menabung, bulan raya dan bulan Disember
kami tidak menabung. Pakcik beli keto pertama model second
hand sahaja, tinggal pula dirumah sewa selama 7 tahun.
Kami tak pakai orang gaji. Shoping kat pasar malam saja.
Pada awal tahun 90'an berkat berjimat cermat dan menabung
dalam ASN/ASB - wang terkumpul termasuk dividen dalam ASB
pakcik&makcik masing-masing mencapai RM200,000+ dan RM100,000+
[Jumlah melebihi RM300,000].
Selepas tu pakcik dan makcik simpan sikit2 jer dan menikmati
pulangan yang lumayan. Hasil daripada pulangan kami telah
langsai semua hutang termasuk hutang perumahan makcik. Makcik
telah berhenti kerja pada tahun 1997 kerana pulangan pelaburannya
‘mencukupi’ untuk bekalan tua. Pakcik masih bekerja dan kini
berfikir untuk ambil persaraan opsyen.
Pada tanggal 2,Jan 2009 baru2 ni Pakcik dan makcik masing-masing
mendapat pulangan RM34,000+ dan RM16,000+ [jika dicampur jumlahnya
sekitar RM50,000] dari pelaburan ASB.
Kini jumlah dalam ASB pakcik=RM480,000.00+, dan makcik RM220,000.00+
[total RM700,000.00+] dan berjaya mengutip sekitar RM50,000.00
setahun…
Kini pakcik sedang timbang2 untuk bersara awal kerana pulangan ASB
dicampurkan dengan pension dijangka melebihi perbelanjaan tahunan -
boleh simpan atau gi holiday kat luar negeri. Pakcik hanya akan
keluarkan dividen sahaja setiap tahun, wang pokok dalam ASB biarlah
disitu sebagai pusaka untuk anak2.
Moral: Berjimat dan menabunglah sebanyak mungkin untuk sepuluh tahun
pertama, insyaAllah cerah masa depan.
Bila membeli kereta, pastikan harganya tidak melebihi 18 bulan
pendapatan, seelok2nya 12bulan sahaja.
Bila membeli sebuah rumah, jangan melebihi 50 bulan pendapatan.
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan