4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 Jun 2009

Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Imam muslim merawikan: seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW sambil berkata" Aku berjanji pada engkau untuk berhijrah dan berjihad semata-mata mengharapkan pahala". Rasulullah SAW bertanya " Apakah salah satu orang tuamu hidup?" Lelaki itu menjawab " Ya, malah keduanya masih hidup". Rasulullah SAW bertanya "Apakah engkau ingin mendapat pahala dari Allah ?" Lelaki itu menjawab " Ya" Lalu baginda bersabda " Pulanglah kepada orang tuamu dan berbuat baiklah kepada mereka "

Seorang lelaki lain datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata "Aku ingin berjihad namun aku tidak mampu." Rasulullah SAW bertanya "Apakah salah seorang orang tuamu masih hidup?" Dia menjawab "Ibuku masih hidup" lalu Rasulullah SAW bersabda " Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya, jika engkau berbuat demikian, maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad".

Rasulullah juga bersabda "Orang tua itu kunci pintu syurga. Peliharalah itu jika kamu mahu atau kamu tinggalkan sahaja"



Tiada ulasan: