4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Ahad, 5 Julai 2009

Emas di Pendang

PENDANG: “Selepas mendapat pengesahan dari kedai emas di sini, saya yakin batu berwarna kekuningan ini adalah emas,” kata Yaakub Yunus, 68, mengenai penemuan batu dipercayai emas di tapak kuari seluas kira-kira satu hektar di Kampung Jelutong, Rabu lalu.

Difahamkan, seorang pekerja kuari, orang pertama menemui emas itu ketika sedang mengorek tanah di kawasan itu, pada pagi Rabu lalu.

Berita mengenai penemuan batu dipercayai emas itu tersebar dengan cepat menyebabkan lebih 400 penduduk kampung berkenaan dan sekitar daerah ini menyerbu kawasan kuari itu untuk mencari emas.

Berikutan penemuan emas itu, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar daerah ini tanpa mengira siang dan malam.

Yaakub, seorang petani berkata, pada mulanya dia kurang yakin dengan batu yang dijumpainya itu mengandungi emas.

Bagaimanapun selepas dia sendiri membawanya ke sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, dekat sini, dan disahkan sendiri pemilik kedai emas terbabit ia adalah emas, barulah dia yakin dan kembali semula ke kawasan itu untuk mencari emas.

Menurutnya, dia yang mencari emas berkenaan bersama cucunya, Mohd Shahril Abdul Rahim, 17, sejak Rabu lalu sudah memperoleh beberapa ketulan batu padat dengan emas selain menyimpan beberapa kampit batu mempunyai kilauan seperti emas di rumahnya.

“Selepas mengetahui mengenai kewujudan emas di sini, penduduk mula membanjiri kawasan ini dengan membawa peralatan seperti penukul dan pahat untuk mengambil emas berkenaan,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati keadaan di tapak kuari itu ibarat pesta apabila penduduk kampung membawa bersama keluarga mereka sejak awal pagi dan mula mengorek dan mengetuk batu di situ sehingga lewat malam.

Difahamkan, sebahagian penduduk datang pada waktu malam kerana batu itu mengeluarkan kilauan yang memudahkan mereka mendapatkannya.

Penduduk, Mahyuddin Ahmad, 37, dari Kampung Kubur Panjang, dekat sini, berkata, dia mula datang ke tapak kuari itu semalam selepas mengetahui melalui adiknya, Mursyid, 22, yang menunjukkan serpihan batu kecil berwarna emas diperoleh dari tapak kuari itu.

“Pada mulanya, saya tidak percaya dan menganggapnya sebagai gurauan, namun selepas menelitinya secara percaya ia batu bersalut emas muda.

“Saya datang ke sini bersama anak saudara kerana tidak ingin melepaskan peluang mendapatkan batu ini. Saya turut membeli beberapa peralatan untuk memecahkan batu ini,” katanya.

Dia yang menemui beberapa ketulan padat batu yang disaluti emas berhasrat untuk menyimpan batu itu terlebih dahulu sebelum ada pihak yang berminat untuk memproses batu terbabit.

Katanya, dia berharap ada pihak yang tampil untuk memastikan kesahihan batu berkenaan memandangkan kawasan itu milik persendirian.

Difahamkan, penduduk mengambil kesempatan memasuki kawasan kuari itu yang ditutup kelmarin dan semalam kerana cuti hujung minggu.

sumber hmetro

Tiada ulasan: