4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 4 Julai 2009

Jamal Abdillah bercerai


SHAH ALAM: Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bercerai talak satu dengan isterinya selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam mengesahkan lafaz yang dibuat penyanyi itu pada 15 Mei dua tahun lalu.

Perkahwinan ketiga Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 50, dengan Fatimatu Zahra Samad, 25, pada 3 Januari 2006 di Thailand terlerai semalam selepas Hakim Syarie Atras Mohamed Zin mengesahkan lafaz cerai itu.

Terdahulu, Atras memerintahkan penyanyi itu bersumpah berhubung waktu lafaz cerai dibuat kerana terdapat percanggahan keterangan antara pasangan terbabit.

Menurutnya, dalam perbicaraan sebelum ini, Jamal Abdillah memberi keterangan dia melafazkan cerai pada jam 10 pagi 15 Mei 2007, bagaimanapun Fatimatu Zahra memberitahu ia berlaku pada jam 8 malam hari sama.

Dalam sumpah itu, Jamal Abdillah berkata: ”Bahawa saya Jamal Ubaidillah Ali bersumpah dengan nama Allah sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada melafazkan cerai kepada plaintif (Fatimatu Zahra) pada jam 8 malam 15 Mei 2007. Laknat Allah akan turun kepada saya sekiranya saya memberi pengakuan tidak benar kepada mahkamah ini”.

Selepas mendengar sumpah itu, Atras mengesahkan lafaz cerai dengan talak satu dan memerintahkan Fatimatu Zahra beredah tiga kali suci bermula 15 Mei 2007.

Beliau juga memerintahkan perceraian itu didaftar dan menyerahkan sijil perkahwinan di pejabat agama.

Arkib Utusan
Jamal bersanding kali ke 3

PETALING JAYA 11 Feb. - Penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah, 46, dan isterinya, Fatimatuzahra Samat, 23, malam ini melangsungkan persandingan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di sini.

JAMAL Abdillah dan isterinya, Fatimatuzahra Samat bersanding di Hotel Singgahsana, Petaling
Jaya malam tadi.

Pasangan pengantin yang berpakaian serba putih diarak ke dewan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya dengan paluan kompang kira-kira pukul 8.45 malam, disaksikan oleh kira-kira 300 tetamu.

Turut hadir ialah ibu bapa pengantin perempuan, Jamaluddin Che Sab dan Dr. Faridah Mohd. Nazar selain bapa Jamal, serta anak tunggalnya, Osama Yamani, 5 tahun. Majlis yang diadakan khas untuk saudara-mara dan sahabat handai itu diselangi dengan lagu-lagu popular Jamal dari album Aku Penghibur, antaranya Seroja, Aku Cinta Padamu dan Mencintaimu.

Sebelum berkahwin dengan Fatimatuzahra atau Ima, Jamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Latiff dan Noraina Yusof. Bagaimanapun dua perkahwinan terdahulu Juara Bintang RTM 1979 itu berakhir dengan penceraian. Osama Yamani adalah anak tunggal hasil perkahwinannya dengan Noraina Yusof.


Tiada ulasan: