4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Ahad, 5 Julai 2009

Safari 4 apa yang menarik dengannya

Safari 4 untuk windows dan Mac dikatakan sebagai web browser terpantas buat masa sekarang. Tetapi apa yang menarik pada safari 4 adalah paparan Top sites dan History nya yang begitu mesra pengguna dan menarik pandangan.

Bahagian Top site adalah muka permulaan apabila anda mula masuk ke webbrowser safari 4 dengan paparan site yang anda lawati sebelumnya. Anda juga boleh mengekalkan sesuatu site kegemaran sebagai paparan untuk mudah akses. Plihan juga boleh dibuat samada paparan tersebut dalam saiz kecil (24 site boleh dilihat) medium/sederhana (12 site di dalam paparan) dan besar/big (6 site dalam paparan) Anda hanya perlu click kebahagian site kegemaran anda (beroperasi seakan bookmark).



Manakala satu lagi paparan menarik adalah berkenaan "History", di paparan top side sebelah kanan bawah ada tertulis history. Klik di sini segala History anda akan terpapar secara muka surat demi muka surat sepertimana anda lawatinya. Mudah digunakan kerana anda dapat jangka apa yang anda harapkan dari setiap history kerana semuanya jelas kelihatan.


Sepertimana Mozilla, safari 4 juga ada menyediakan private browsing bagi mengelakkan ianya tersimpan di dalam history. Setelah mencuba anda pasti menyukainya. Anda boleh download Safari 4 disini. DOWNLOAD SAFARI 4


Tiada ulasan: