4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Julai 2009

Sayur-sayuran

Bermula 2 bulan lalu saya telah menanam sayuran sendiri atas alasan dibawah

1. Mengurangkan belanja mengejut (nak masak tiba2 barang tak ada, pegi kedai nak beli siap dengan beli barang lain sekali) nak pakai sejemput tapi kena beli satu bundle yang baki buang.
2. Sayuran yang dijual dekat pasar tu entah berapa banyak racun masuk dalam sayur, nak komersial punya pasal guna berbagai jenis racun.
3. Rumah saya tepi kebun sayur cina, hari tu ada nampak binatang Babi selamba menyondol kat kebun sawi. pekebun tu rilek je tengok babi tu bukan nak halau. Lepas tu memang confirm sayur semua jual kat pasar yang aku beli. So jadi sayur SABI.

Projek dah berjaya, yang paling asas, tanaman serai, daun kari, daun kunyit, serai, cili padi/cabai burung, sawi, salad dan kailan (cara hidroponik-guna barangan terpakai je).

Next projek, kangkung, kacang kelisa, pegaga, Pak choy (dah semai), cabai masak, jagung dan keli kanvas dalam 2000 ekor utk kegunaan sendiri( ada terbaca boleh bagi makan nasi yang lebih-lebih dan kepala ikan bilis). Tanaman bukan skala besar tapii cukup untuk makan sendiri je.


sawi yang tak pernah guna baja atau racun


Serai dan pokok daun kari (dekat belakang rumah)


pokok cili padi yang belum berbuah. Pokok kunyit pun ada


Pokok daun kari dalam pasu, malas nak pegi belakang ambil kat depan


Daun Salad. emm nyum nyum

Tiada ulasan: