4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Julai 2009

Tambah pendapatan

Saya ingin berkongsi sedikit tips untuk melipatgandakan pendapatan anda dengan mengerjakan solat sunat Dhuha. Apa kelebihan solat sunat Dhuha ini. Mari kita perhatikan hadis di bawah :

Rasullulah S.A.W bersabda maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Islam itu adalah merangkumi kehidupan manusia. Begitu juga didalam perniagaan atau istilah mencari rezeki, Islam juga memberi panduan selain daripada usaha kita sendiri untuk mencari rezeki.

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Perkara-perkara yang dapat menambahkan rezeki yang berkat dan mengurangkan rezeki bocor. Maksud rezeki bocor adalah jika pendapatan anda Rm5000 sebulan tetapi anda masih mengalami kesulitan dalam hidup disebabkan terjadinya perkara-perkara yang tidak disangka umpama kereta menjadi rosak, rumah dimasuk pencuri an lain-lain lagi.

Perkara yang harus dilakukan bagi menambah atau mengurangkan kebocoran rezeki
1. Solat Dhuha
2. Menziarah orang tua anda
3. Bersedekah

ingatlah bahawa REZEKI ADALAH URUSAN ALLAH SWT


2 ulasan:

din3187 berkata...

betul2...saya pernah ttg fakta nie..semoga kita sentiasa mengamalkannya yer...

Tanpa Nama berkata...

ini mmg t'bukti..
so b'ibadah lh dgn ikhls krn Allah.