4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Ogos 2009

Anak kambing mirip manusia

Anak kambing mirip manusia

BATAM, Indonesia - Seekor anak kambing menjadi perhatian penduduk di sebuah kampung di sini kerana kepalanya mirip bayi manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kambing itu ditemui dalam perut ibunya yang sudah disembelih oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Tohari tetapi dia tidak mengetahui haiwan itu bunting.

Semasa disembelih, ibu kambing itu tidak menunjukkan tanda sedang bunting.

"Seumur hidup saya sebagai penyembelih kambing, inilah pertama kali saya melihat wajahnya mirip manusia. Saya melihat mulutnya menjulur keluar dan bibirnya seperti bayi yang baru lahir," kata Tohari.

Selain kepalanya yang belum sempurna, anak kambing itu tidak mempunyai hidung.

Sebelum bangkai anak kambing itu ditanam, Tohari mempamerkan haiwan itu untuk dilihat oleh orang ramai di rumahnya.

Menurutnya, sebelum menyembelih ibu anak kambing itu, dia mendengar haiwan tersebut menjerit seperti suara manusia.

Tohari berkata, dia berasa binggung apabila mendengar suara itu tetapi meneruskan juga tugasnya menyembelih ibu kambing tersebut





1 ulasan:

Unknown berkata...

Tuhan memperlihatkan kekuasaannya dan kebesarannya kepada manusia. tuhan memberitahu dia adalah yang memiliki dan mempunyai kuasa mutlak tanpa berkongsi kuasanya dengan manusia. Hingga manusia faham dan terasa Maha Agungnya Tuhan. Dia adalah segala-galanya.