4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Khamis, 27 Ogos 2009

Bekas Pengurus besar TH dipenjara

mohd amin

Mohd Shafie

KUALA LUMPUR - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu mulai petang semalam.

Sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang tetapi disambut dengan tangisan oleh anggota keluarga masing-masing yang berada di dalam mahkamah.

Zainal Azman membuat keputusan itu selepas menolak hujah dan alasan-alasan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman oleh kedua-dua peguam tertuduh, Mohd. Firuz Jaffril dan V. Rajadevan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhujah bahawa faktor kesalahan yang pertama dihadapi bukanlah faktor penting yang membolehkan mahkamah mempertimbangkannya.

Dzulkifli juga membantah hujah peguam, Firuz, supaya mahkamah mengambil perkiraan mengenai umur kedua-dua mereka yang kini sudah menghampiri 60 tahun dan tidak sesuai sekiranya dikenakan hukuman penjara yang terlalu lama.

"Saya rasa terdapat banyak kes yang melibatkan usia yang sebegitu berada di penjara iaitu 60 tahun tetapi itu bukanlah merupakan satu alasan yang munasabah," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersimpati dengan keadaan mereka sekarang iaitu kedua-dua mereka ingin menghabiskan masa menjalani ibadah puasa bersama keluarga tetapi itu bukan satu faktor yang istimewa atau khas sehingga perlu diberi pengecualian.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas mereka kerana didapati bersalah menipu dan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang Tabung Haji, lapan tahun lalu.





Tiada ulasan: