4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Ogos 2009

Kain pelikat-men sarong


nampak tak logo gajah duduk/ men sarong

Semalam berbuka makan ada terlebih sikit, tapi bukan nak cerita pasal makan tapi kain pelikat. Bila makan dah terlebih jadi mata pun berat sikitlah. Bila solat terawih macam-macam dugaan dan bayangan datang sebab mata dah tak tahan.

Jadi disini saya ingin bertanya dimana rasionalnya kain pelikat yang dipakai oleh kaum lelaki ada label gajah duduk, gajah berdiri, gajah menari (ini reka sendiri). Sudahlah label tu dibahagian luar dan dibawah sekali pulak dan dibelakang jika ikut cara memakainya. Bukankah label biasanya di dalam?

Bila label dah terpampang kat luar tahu sahajalah mata yang berat ini, tengah solat otak boleh pulak terbaca label orang depan, ooo gajah duduk, ooo cap mangga. Teringat tengah sembahyang cepat-cepat fokus balik. sekejap lagi mata jahat ni tengok balik gajah duduk.

waahhh, kenapa korang pakai macam ini, pakai terbalik la macam aku pakai, label kat atas tolong la jangan menyusahkan orang kat belakang.





Tiada ulasan: