Search This Blog

Loading...

ONLINE STORE / OFFLINE STORE

Tuesday, August 18, 2009

Perkahwinan Ajai dan liza

Pada 15 ogos 2009, Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Liza orang Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang dan Ajai orang JB. Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Pihak ajai menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry. Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.















2 comments:

REKA said...

kasih sayang pengikat perkahwinan.untuk berkasih sayang hati kena kuat hubungan dengan tuhan

kb8282 enterprise online store said...

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahukah anda

Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.