Tauge padat dengan antioksida walaupun sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang tidak menyelerakan bagi sesetengah orang.
Tapi tahukah anda,tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan,ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur Fitokimia ya berkhasiat. meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuangkotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah sel kanser.Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar,tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh.Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Satu lagi tauge ni kan murah je..Janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan