AMPANG - Setelah lebih seminggu berdiam diri, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 25, yang dikenali dengan nama Nana akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Faizal Yusof pada 26 Ogos lalu dengan talak dua melalui telefon.
Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nordiana pada 29 April 2006 sebelum ini pernah melafazkan talak satu ke atas bekas isterinya itu awal Ogos lalu juga menerusi telefon.
Menurut Siti Nordiana, penceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diuar-uarkan masyarakat sebelum ini.
"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masyhur 1Malaysia di Hotel D'Palma di sini semalam.
sumber kosmo
ps: masa nak tunggu waktu berbuka syok jugak layan Wadi unung, kadang-kadang bengang pun ada bila tengok. Teruk sangat tergilakan tempat tu sampai hal lain pun tak peduli dah..
2 ulasan:
btul3....
kite pun tiap2 ptg tgok wadi unung...
dh la nama nak sama..
azreen :)
Apabila manusia kembali kepada Tuhan, kembali merasai bertuhan dan memiliki rasa kehambaan, kembali mengambil berat terhadap peringatan dan ancaman Tuhan, maka respon dari Tuhan amat cepat.
Tuhan turunkan rahmat-Nya, lantas dalam tempoh yang singkat, perasaan menjadi tenang, tenteram, mencintai kebaikan, berkasih sayang dan berbagai sifat serta sikap positif.Punca kejahatan manusia ialah kerana tidak takut kepada Tuhan. Takutkan Tuhan menjadikan manusia (suami dan isteri) sabar danbertanggungjawab.
Sabar dan bertanggungjawab hanya berlaku apabila takutkan Tuhan. Tanpa rasa bertuhan dan rasa kehambaan, sifat-sifat baik dan positif itu tiada tempat sandaran atau tunjang tempat bertaut. Oleh itu apabila perangai, tabiat, sikap, tingkah laku suami atau isteri atau kedua-duanya berubah, ianya merupakan isyarat dari Tuhan
bahawa mereka cuai dengan Tuhan, mengabaikan Tuhan, meminggirkan Tuhan, lantas Tuhan datangkan ‘isyarat panggilan’ agar berpalinglah kepada Tuhan.
Masing-masing kena bertaubat dan bersungguh-sungguh membaiki diri. Apabila sama-sama sudah berpaling menyahut ‘panggilan’ Tuhan, maka Tuhan turunkan rahmat-Nya. Tanda rahmat Tuhan ke atas manusia ialah tenang, damai, berkasih sayang, lemah lembut dan bertoleransi. Insyallah mereka boleh kembali menjadi suami/isteri dan hidup bahagia.
Catat Ulasan