4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 28 Oktober 2009

Awas wanita berseluar ketat

Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - sumber


* semua gambar bertujuan untuk dijadikan contoh tauladan

pakai tudung tapi baju dan seluar macam sarung nangka

contoh seluar ketat yang langsung tidak sesuai untuk wanita muslim


sehingga menampakkan punggung (apa nak jadi)

Ini kategori menghina, gila dan kurang adab


ps: kepada adik2, kakak2 dan makcik2 yang berpakaian begini mungkin anda kurang mendapat bimbingan atau sokongan dari orang yang sepatutnya, saya merasa kasihan pada anda. Diharap kita semua cepat berubah dan kembali bertaubat. *





Tiada ulasan: