Bagi Jessica ibu kepada 2 orang anak dan juga seorang jurugambar professional, laman flickr adalah satu rahmat baginya. Ia dapat memberikan beliau berkongsi gambar anak-anaknya Grace dan Henry. Ia juga dapat memberikan bakal pelanggannya melihat hasil kerja beliau di dalam galerinya.
Semuanya bermula apabila kawannya menghantar email, di dalam email tersebut mengandungi link ke satu laman web sosial yang popular di Brazil. "Oh no its Gracie" seseorang telah membuka akaun palsu di laman web sosial dengan menggunakan gambar anaknya yang berusia 4tahun sebagai pengenalan diri, dengan menggunakan nama palsu Melodie Cuthbert dan status hubungan yang tertera sebagai mencari kawan dan pasangan. Pelanggan orkut yang lain telah memberikan rating seksi sebanyak 2setengah hati kepada profil tersebut.
Mrs Gwozdz menghubungi Flickr dan orkut yang kemudian memadamkan profil tersebut.Ini merupkan satu mimpi ngeri bagi ibubapa di zaman yang dipenuhi laman web sosial. Laman sosial seperti facebook, snapfish, twitter, youtube dan juga match.com penuh dengan gambar-gambar anak-anak menyanyi, menari dan terdapat juga gambar dibilik mandi. Persoalannya adakah selamat untuk anda menyebar gambar anak-anak di internet. sumber
Apa yang anda perlu pastikan adalah setiap gambar yang dimuat naik seharusnya berada didalam web yang mempunyai kata kunci, yang mana hanya mereka yang dibenarkan sahaja mampu melihat gambar-gambar anda. Persoalannya sekarang adakah mereka yang dibenarkan benar-benar amanah dalam perkongsian ini.
Salah satu contoh kurang selamat adalah gambar di blog yang mana tiada halangan bagi setiap pengunjung malah pengunjungnya juga bukan dari senarai hijau anda.
Gambar anak yang terdedah juga memudahkan mereka yang berniat jahat mengambil kesempatan ke atas diri anda, Anda sangka anda jujur dengan memberikan maklumat yang benar seperti alamat tempat tinggal, nama sekolah, nama pasangan, bilangan anak-anak dan lain-lain. Adakah anda tahu ini memudahkan pelaku jahat mengambil kesempatan dan anak anda mungkin terdedah kepada bahaya.
Jadi awas kepada mereka yang membina blog peribadi kerana anda mungkin terdedah kepada bahaya sebegini. Dengan kadar jenayah terhadap kanak-kanak yang amat membimbangkan adalah wajar bagi ibubapa tidak memuat naik gambar peribadi terutama gambar anak-anak bagi membendung jenayah terancang berlaku.
maklumat tambahan
Bagi sesetengan laman perkongsian gambar atau laman web sosial akan menyimpan gambar anda di server yang berlainan bermaksud menyimpan satu gambar di banyak tempat. Ini adalah bertujuan bagi mempercepatkan capaian di waktu puncak kerana sumbernya pelbagai. Masalahnya jika anda memadamkan sesuatu gambar, gambar anda belum tentu terpadam sepenuhnya walaupun anda telah dimaklumkan bahawa imej tersebut telah dipadam. Ia akan mengambil masa beberapa hari dan siapa tahu jika gambar-gambar ini tidak langsung dipadam.
ps: masih belum terlambat untuk anda memadamkan gambar-gambar yang perlu, pastikan keluarga anda selamat. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan