4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 2 Oktober 2009

Diskriminasi di Eropah

BRUSSEL -Diskriminasi terhadap Muslim di Eropa ternyata lebih luas daripada yang diberitakan. Terbukti, satu dari tiga Muslim di Eropah mengalami diskriminasi. Demikian diungkapkan badan HAM Uni Eropa (UE), Agency for Fundamental Rights (FRA) seperti dipetik dari Al Jazeera, Kamis (28/5).

Dalam survey yang dilakukan di 14 negara anggota UE, FRA menyatakan bahawa sepertiga responden ternyata merupakan mangsa diskriminasi yang terjadi pada

beberapa tahun lalu. Selain itu, sebanyak 11 peratus responden juga pernah menjadi mangsa tindak kejahatan yang bermotif perkauman.

"Kami juga sedar bahawa sebahagian besar kejadian itu tak dilaporkan kepada polis. Sebab, majoriti Muslim itu yakin tak akan ada yang dilakukan

polis atas laporan mereka itu,'' demikian keterangan FRA. Menurut FRA, tingkat tertinggi diskriminasi terjadi di tempat kerja, bahkan sudah masuk kategori

kritikal.

Kjaerum menambahkan, berdasarkan survei FRA seorang Muslim yang berusia 16 hingga 24 tahun lebih banyak mengalami diskriminasi dibandingkan dengan Muslim

yang usianya di luar usia tersebut. Namun, hanya ada perbezaan kecil pada tahap diskriminasi yang terjadi pada Muslim laki-laki dan perempuan.


ps: bukan di eropah sahaja malah diserata dunia islam menjadi mangsa diskriminasi, kerana apa? kerana kita belum cukup bersatu membantu sesama sendiri.Di Malaysia sendiri kita berpecah belah, yang ketawa dibelakang siapa? mereka yang ambil keuntungan dari perbalahan kita. Macam mana nak bersatu? Letakkan di hati masing-masing setiap perkara yang kita lakukan Islam menjadi keutamaan dalam segala aspek terutama jual beli. Kenapa? Kerana kita tidak boleh nafikan kuasa ekonomi dapat menjadi benteng pertahanan yang paling baik dan sudah tentu dengan izin Allah. Mari kita lihat diri sendiri pada hari ini di manakah setiap sen yang telah kita keluarkan. Kepada orang Islam atau sebaliknya...Tepuk dada tanya selera, kalau kita tidak dapat nikmati kebaikannya diharap anak-anak kita dapat merasainya..insyaallah..






Tiada ulasan: