Saya kurang pasti kenapa ianya menjadi begini, mungkin anda ada jawapannya. Kenapa kita msih menggunakan bahasa inggeris sedangkan bahasa rasmi negara adalah bahasa malaysia. Adakah kita malu untuk menggunakannya ataupun terasa seperti orang kampung apabila menggunakannya ataupun mahu nampak lebih moden jika menggunakan bahasa asing.
Pusat Dagangan Dunia Putra, kenapa PWTC?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, kenapa MTUC?
Gabungan Pengguna-pengguena Malaysia, kenapa FOMCA?
Perbandaran Pembangunan Bandar, kenapa UDA?
Insitut Penyelidikan Getah, kenapa RRI?
Akta keselamatan Dalam negeri, kenapa ISA?
Unit Simpanan Persekutuan, kenapa FRU?
Jabatan siasatan jenayah, kenapa CID?
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, kenapa PEKEMBAR?
Agaknya nampak gempak kot. macam apa yang terjadi dekat orang kita sekarang, asal kahwin nak cari mat saleh (omputeh) biar nampak gempak.
Kepada sesiapa yang mempunyai jawapannya sila kongsikan bersama.
Banyak lagi yang tidak disenaraikan disini.
ps: kalau dah petai dengan budu tu tak kemana punya, tetap sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan