4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Oktober 2009

P1 wimax vs C broadband

Sudah beberapa hari tidak dapat updated blog ini bukannya kerana malas atau terlalu sibuk tetapi sejak kebelakangan ini perkhidmatan internet jalur lebar berukband yang saya guna menjadi terlalu laju macam siput yang tinggal kulit, isinya sudah dimamah tanah. Satu klik saya boleh relax tengok berita sekejap pastu klik semula tengok tv balik..

Akhir kata saya ucapkan selamat tinggal kepada berukband yang dahulu cukup disenangi masa mula-mula berkhidmat dengan saya. Maklumlah bila dah lama kerja ada lah problem yang timbul..buat kerja slow lah pastu kejap ada kejap tak ada. makcik sakit la, tok demam la dan macam-macam lagi.

Hari ini saya ambil perkhidmatan baru cik wimax, bayar murah aje kat dia rm49 sebulah, boleh la kan. Mak aii dia punya kerja cukup cekap laju aje..fuh boleh tahan jugak cik wimax ni. Kalau dulu masa dengan berukband saya bayar dia rm68 sebulan tapi bila tengok youtube tersenguk-senguk, tapi dengan cik wimax yang tersenguk tu tak ada la..elok aje jalan steady cam awek yang muda..

Tapi ada juga aku dengar cik wimax di setengah tempat dah jadi makcik wanmek..jalan pun dah semput-semput, entah betul atau tak tapi bagi aku setakat ini alhamdulillah semuanya ok beres.

Aku ada juga try cik wimax yang bayar RM99 sebulan fuh..macam mat rempit lak dia pergi..apa pun korang kena try sendiri dulu coz tak semua kawasan ada..anyway selamat kembali.

ps: kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar pastikan anda tidak kehilangan pelanggan dengan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik bukannya penghantar bil atau pemotong bekalan terbaik, kerana pelanggan bayar dengan duit bukan dengan daun manggis.





2 ulasan:

Erol berkata...

Wimax pun broadband jugak lah. Orang Malaysia ramai yang confuse pasal broadband.

Yang sebenarnya:

Broadband = internet kelajuan tinggi. Broadband ada yang wireless/mobile (wimax, maxis, etc) @ wired/fixed line (streamyx)

umk store berkata...

sapa kata wimax bukan broadband..saya compare wimax dgn celcom. dua2 broadband.

anyway thanx. dah 2tahun pakai wimax 1.2mbps. tengok HD youtube steady aje tak ada masalah.