Kereta 15 tahun dan lebih kena pemeriksaan puspakom. Bayangkan sebanyak 2juta kenderaan berusia lebih 15tahun perlu pemeriksaan, sekali pemeriksaan rm40 dikenakan (anggaran) jadi kalau 2juta kereta bersamaan 40juta setahun dikutip, kemana pula ianya disalurkan tak siapa yang tahu.
Masalahnya disini, rakyat berpendapatan rendah semakin terhimpit. Syarikat insuran kini tidak lagi mengambil insuran pihak ketiga untuk semua kenderaan, penggunaan tayar celup dan toreh tidak dibenarkan (yg ini memang perlu jika tahap bunga tayar sudah kritikal) dan sekarang kereta berusia 15tahun perlu pemeriksaan.
Jadi dalam setahun berapa banyak yang perlu disediakan bagi keperluan di atas sahaja, belum termasuk memikirkan hal-hal persekolahan anak-anak (dengan permintaan guru yang pelik-pelik untuk aktiviti pembelajaran-anak kecil apa tahu semuanya mahu asalkan disuruh cikgu, jika yang mampu tak mengapa bagaimana yang tidak?). Beberapa persoalan timbul bagi yang terlibat walaupun ada yang telannya hidup-hidup. Beberapa persoalan antaranya.
Persoalan melibatkan kenderaan
- Adakah kereta yang berusia 15tahun keatas paling banyak terlibat dalam kemalangan
- Adakah kereta yang berusia kurang 15 tahun mendapatkan service yang baik dan pemeriksaan berkala.
- Adakah pemberian voucher RM5000 kepada pembeli proton dapat meringankan beban mereka yang tidak mampu membuat bayaran bulanan dan yang dah berpeluh membayar kereta bertahun-tahun dan bercadang berjimat cermat pula.
- Mampukah puspakom memberi perkhidmatan yang terbaik sedangkan sekarang kita sudah terpaksa membuang masa berjam-jam untuk menunggu giliran (mudah bagi yang tidak melaluinya).
Persoalan melibatkan kemanusiaan
- Siapa yang boleh membantu mereka yang berpendapatan rendah yang perlukan kenderaan untuk mencari sesuap nasi.
- Siapa yang memahami erti kesusahan dan nilai wang RM10 kepada mereka memerlukan (jika dikenakan bayaran RM40 untuk pemeriksaan).
- Siapa yang mampu mendengar suara mereka dibawah yang sentiasa menerima air yang dicurahkan ke nasi.
- Adakah pandangan-pandangan yang diambil terdiri dari mereka yang benar-benar terlibat.
- Sedarkah mereka kelompok yang dikatakan 15tahun keatas itu adalah mereka yang diketegorikan berpendapatan rendah.
- Adakah malaysia mempunyai harga kereta yang benar-benar mampu milik terutama bagi kenderaan nasional (yang bergaji besar mungkin mempunyai pendapat berbeza).
- Adakah kemudahan pinjaman kewangan yang boleh diberi kepada mereka yang tidak mempunyai cop kerajaan malaysia atau yang tidak mempunyai dokumen bercetak.
- Kenapa tidak diadakan sistem pinjaman yang bukan daripada institusi kewangan yang banyak mencekik darah kemudian istihar untung beratus juta dihujung tahun.(sebagai contoh proton sendiri memberi pinjaman kereta yang berharga cuma RM15,000- kemana perginya sistem mendapatkan keuntungan di atas kuantiti dari keuntungan atas harga.
- Kenapa tidak diadakan sistem yang memberi peluang kedua kepada mereka yang disenarai hitam, Semua manusia mempunyai masalah dan kemungkinan mereka disenarai hitam ketika masalah meruncing dan kemudian telah mempunyai kaedah untuk mengawal kewangan semula.
ps: Kita boleh lihat kereta-kereta mewah dipejabat-pejabat kerajaan milik kakitangan dan kereta mewah disekolah-sekolah, bersyukurlah anda yang diberikan nikmat begitu. Jika ianya tidak melibatkan anda jangan pula anda memandang sepi mereka yang terpaksa menaggung kesusahan darinya. Cuba berada disudut mereka dan selalu memandang kebawah bila anda di atas mana tahu satu hari janji Allah anda akan berada di bawah pula..wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan