4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 18 Mei 2010

Musim hujan apa perlu dilakukan

Sekarang musim hujan, setiap hari mendung, jadi bermula satu episod baru dengan cara baru. Bagi yang makan gaji apa yang perlu cuma sediakan payung sebelum hujan jika tidak basah, bagi yang bertani atau menoreh getah sediakan payung dengan menyimpan diwaktu sukar begini kerana hasil tidak boleh dikutip.

Kenapa episod baru? musim hujan kita perlu lebih berhati-hati dan segala perlakuan atau pergerakan akan terbatas. Kenderaan dibawa dengan perlahan (tak kurang juga yang bawa laju), kawasan banjir harus diselidiki sebelum terkandas, ampaian kain perlu disediakan lebih di dalam rumah, kasut sekolah anak mesti dipastikan sentiasa kering dan pelbagai lagi.

Persediaan lain yang diperlukan bagi mengharungi musim hujan ini dengan sempurna dan penuh keredhaan tanpa rasa mengeluh dan menyalahkan sesiapa perlu dipastikan agar nikmatnya dirasai. Sediakan lilin kerana kemungkinan bekalan elektrik terputus adalah tinggi, sediakan makanan secukupnya dirumah supaya tidak terkejar-kejar jika anak kelaparan, periksa tong gas memasak adakah mencukupi dan lebih baik jika ada dapur elektrik sebagai "backup". kepada yang sayangkan kereta sediakan "jack (betul ke tidak spellingnya)" dan pastikan ianya berfungsi mana tahu banjir melanda dan anda terperangkap boleh lah gunakan "jack" untuk mengangkat bahagian hadapan kereta lebih tinggi mengelakkan air masuk ke enjin.

Bekalan makanan akan berkurang di musim hujan kerana pembekal dan penghantar akan mengalami pelbagai masalah semasa penghantaran. Bukan salah mereka atau salah sesiapa, ini adalah ujian bagi kita.

Kepada pejalan kaki jauhi diri anda dari sumber elektrik, elakkan bersentuhan dengan pengalir elektrik, elakkan berselipar atau berkaki ayam. Kasut yang basah boleh dibasuh, kaki yang terkena elektrik tidak boleh dibeli di 7E dan elakkan berteduh di bawah pokok, tiang lampu atau pondok telefon.Gunakan payung yang sesuai, payung untuk hujan adalah yang boleh dilihat menerusinya dan payung untuk panas adalah berwarna gelap. Payung telus dapat memberikan kawasan pandangan yang lebih luas.
Payung untuk hujan



Payung untuk panas

Jangan lupa pakai serbuk pencuci yang tidak berbau apabila baju dijemur di dalam rumah.



Tiada ulasan: