4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Ogos 2010

Suami tak cemburu isteri tak malu

Salah satu daripada punca masalah sosial hari ini adalah kerana tak cemburu dan tak tahu malu. Ini bukan bermakna ianya berlaku terhadap suami dan isteri sahaja tetapi boleh terjadi kepada lelaki dan perempuan, bapa, ibu, dan sebaginya. Sebagai contoh tukarkan sahaja perkataan isteri kepada perempuan. Lelaki juga boleh jadi abang kepada seseorang, bapa kepada seseorang atau suami kepada seseorang.






Lelaki tak cemburu

Lelaki sekarang dilihat tidak menunjukkan perasaan cemburu terhadap isterinya dengan membiarkan isteri keluar bersama-sama dengan rakan sekerja, walaupun dengan alasan keluar minum petang lepas kerja, makan tengah hari diwaktu kerja dan sebagainya. Maka akhirnya syaitan yang berada ditengah-tengah ketawa melihat mereka kecundang.

Lelaki juga tidak kisah jika isterinya memuat naik gambar-gambar peribadinya, dalam keadaan tidak menutup aurat malah ada juga gambar-gambar yang menggoda, melentik-lentik bagai cacing kepanasan dengan alasan untuk tatapan kawan-kawan.

lelaki juga membiarkan tubuh isteri diratah oleh mata-mata liar dijalanan dengan pakaian menjolok mata malah berbangga isterinya berketerampilan hebat di mata masyarakat. Dengan penjenamaan hebat dari produk-produk yahudi zionis.

Lelaki juga tidak cemburu membaca kata-kata godaan dari lelaki-lelaki lain di laman web sosial, ini disokong pula oleh isteri menandakan beliau masih laku dan abang patut berbangga. Maka lelakipun berbangga.

Isteri/perempuan tak tahu malu.

Isteri/perempuan tak tahu malu memuat naik gambar diatas katil, di kolam renang dengan pakaian menjolok mata, ke laman web sosial menantikan puji-pujian hebat dari samada lelaki ataupun perempuan. Yang pastinya mahukan pujian dari kaum lelakilah.

Isteri/perempuan tak tahu malu dengan bertelanjang dikhalayak ramai (pakaian yang menampakkan bahagian2 yg sepatutnya dilindungi)

Isteri/perempuan tak tahu malu bergelak ketawa bersama-sama rakan-rakan lelaki dan yang bukan muhrim tanpa segan silu dengan tepuk tampar mesra.

Ada juga isteri/perempuan yang sanggup menceritakan perihal kelambu masing-masing dengan tujuan untuk membangga diri atau mencari kelemahan bagi meraih simpati teman sekeliling.

Banyak lagi perkara-perkara yang berkenaan tidak cemburu dan tidak tahu malu, jika nak disenaraikan disini entah esok pun belum tentu siap. cukup lah setakat ini diluar sana ada yang lebih bijak dan tahu soal cemburu dan malu ini.

Apakah kunci kepada kejadian tak cemburu dan tak malu ini? jawapannya "open minded" inilah perkataan yang banyak dipegang oleh generasi yang dikatakan moden. Kerana komodenan (boleh pakai ke perkataan ni) perangai kita menjadi lebih dari binatang. Lebih baik kita dianggap ketinggalan dan tidak moden dari menggadai maruah diri, keluarga dan agama. Renungkan.


3 ulasan:

rykhel hyunsu berkata...

mintak izin share :)

umk store berkata...

silakan demi kebaikan bersama

Azirah berkata...

minx izin share