4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 25 Oktober 2010

Battery katak

Perkara ini selalu terjadi kat budak-budak yang tengah tangkap cintan. Asal boleh gayut di handphone, battery dah kong pun masih bergayut sambil charging.

Nasib baik battery tak meletop sebelah telinga. Ini adalah situasi battery kembung yang paling menakjubkan pernah aku nampak. Nasib baik yang original kalau cap ayam punya gerenti dan meletup.

Cara mudah nak jaga battery handphone untuk tahan lama dan tak kembung.

1. Charge bila battery betul-betul nak habis. kalau battery masih ada separuh terus gatai tangan nak charge nanti battery akan dapat "memory lost" kalau biasa standby 5 hari nanti boleh tinggal 3 hari aje atau kurang.

2. Tutup suis bila sudah penuh charging. Jangan biarkan charger melekat di handphone dengan suis on bila changing full. lama-lama battery boleh panas dan kapoowww atau jadi katak. Pakai desktop charger lagi bagus sebab dia auto off bila full (tapi kena beli battery extra sebijik la).

3. Jangan guna handphone sambil charging dalam waktu yang lama, kalau boleh jangan guna langsung masa charging..Kalau nasib tak baik telinga besar sebelah.

4. Jangan biar handphone berada di kawasan panas dengan battery ada didalam. Korang pun kalau jemur tengah panas akan mengelegak otak betul tak.

Yang selalu diamalkan oleh kebanyakkkan orang item no 1 dan 2. No 3 geng angau.

Tiada ulasan: