Didapati ramai dari pegguna facebook atau laman sosial yang lain gemar menghebahkan rancangan percutian mereka. Dan yang lebih aneh mereka menghebahkan percutian yang akan dilakukan di masa hadapan pada waktu-waktu tertentu. Perlakuan begini sebenarnya mengundang peluang untuk penjenayah bersuka ria dikediaman anda kerana anda sudah menyatakan dengan jelas bahawa anda akan bercuti selama beberapa hari di tempat tertentu. Seronok bukan.
Seperti biasa Malaysia adalah antara juara dalam mempunyai peminat rangkaian sosial seperti ini, dan telah menjadi satu lumrah pengguna facebook seakan ghairah untuk menonjolkan diri dengan maklumat sebenar, memberi maklumat penuh percutian, alamat lengkap kediaman malah ada juga yang gemar menonjolkan kenderaan kesayangan mereka dengan nombor pendaftaran penuh. Ini semua akan mengundang masalah yang tidak akan dijangka oleh kita.
Selalunya pengguna tegar akan membidas dengan mengatakan mereka hanya mempunyai kenalan yang mereka kenali sahaja, mungkin ya jika anda hanya membenarkan sekitar 20 + - orang sahaja sebagai rakan. Tapi bagaimana jika anda mempunyai beratus-ratus atau beribu. Satu hati manusiapun kita tidak boleh ramal inikan beratus atau beribu.
Bukan itu sahaja di US syarikat insuran akan menyemak adakah mereka yang membuat tuntutan diatas kecelakaan yang menimpa ada membuat kenyataan di laman sosial yang mendedahkan mereka keatas bahaya. Jika YA kemungkinan tuntutan mereka tidak akan dilayan. Ini mungkin juga berlaku di Malaysia..fikir-fikirlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan