Banyak terdengar dari kawan-kawan yang berminat dengan high end mobile phone seperti Nokia N8, tetapi mereka juga mengeluh mengatakan bahawa Nokia N8 in batterinnya dibina didalam. Saya kurang pasti siapa yang memulakan terjemahan negatif terhadap nokia N8 ini.
Rata-rata penggemar N8 akan menjadi terbantut kerana simptom bateri didalam ini. Satu kajian saya buat dengan bertanyakan soalan berkenaan batteri N8 kepada beberapa penjual handphone. Boleh dikatakan semuanya mengatakan batterinya didalam dan jikalau mahu tukar perlu hantar ke service center dalam tempoh seminggu boleh siap. Harga? kebanyakkannya mengeluarkan harga sekitar RM1++ (seratus lebih).
Sebenarnya itu hanyalah taktik mereka untuk mendapatkan keuntungan lebih bagi penukaran bateri. Bateri Nokia N8 sememangnya binaan dalam tapi ia masih menggunkan batteri nokia biasa BL-4D yang boleh didapati dengan harga Rm40-60. Cuma perlu membuka 2 skrew dan sedikit keberanian, hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.
Biasanya dengan harga RM40-60 peniaga (yang tidak mengambil kesempatan) tidak akan mengenakan cas tambahan untuk penukaran batteri. Jadi sekiranya anda menukar batteri Nokia N8 dan mengambil masa lebih dari 6jam. 5jam 45minit adalah wayang. Kalau seminggu anda fikir sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan