Banyak sudah kita dengar di radio, kedai kopi dsb, facebook nak tutup, facebook nak tutup. Ini terjadi apabila pengasanya berkata facebook telah banyak membuatkan manusia malas untuk berinteraksi secara nyata, tidak lagi berjumpa kawan seperti biasa, membuatkan pergaulan normal semakin kurang. Apa pun alasannya saya rasa facebook ini tidak akan ditutup. Mana mungkin syarikat yang memperolehi pendapatan lebih 1 billion setahun akan ditutup sewenang-wenangnya. Tidak ada rakan kongsi yang akan bersetuju dengan cadangannya.
Ada yang berkata bil HPnya akan meningkat sekiranya facebook ditutup, kenapa sebelum ada facebook ini banyak sangat ke dia sms bertanya khabar kawan-kawannya.Facebook membuang banyak masa, percaya atau tidak kebanyakkan orang akan membuka facebooknya dahulu apabila tiba di tempat kerja.Bermaksud facebook seolah-olah menjadi perkara wajib (masalah besar).
Kemudahan HP "high end" dengan sambungan internet membuatkan manusia semakin mudah berhubung. Semakin banyak masa terbuang. Mana taknya ada pelajar sekolah mengadu gurunya kerap melihat Handphone sambil ketawa kecil. Jika ini berlarutan dalam jangka masa panjang murid yang menjadi mangsa.
Kakitangan kerajaan juga boleh dilihat di pagi hari sudah online di facebook. Kepada yang berkerja sendiri macam saya dan yang lain-lain pasti gusar melihat penyata kewangan sekiranya tidak dapat menampung kos operasi bulanan. Tapi mesin ATM bagi kakitangan kerajaan tetap mengeluarkan wang bila cukup masa walaupun masa sebenarnya kerja sehari cuma 4jam, lagi 4jam waktu rehat-rehat kan badan, waktu facebook dan sembang-sembang cuti ni ko nak pergi mana. Yang berhubung terus dengan pelanggan pula bila ditanya kenapa lambat, jawapan mudah sistem Offline, facebook Online pulak.
Facebook punca cerai, facebook juga dikatakan menjadi penyebab kepada masalah cerai di negara kita.Mungkin ada yang kata peratusnya kecil berbanding punca lain. 5 kes cerai 4 berpunca daripada facebook (ada terbaca terlupa nak ambil buat rujukan). Percayalah dengan peningkatan mendadak pengguna facebook peratus cerai dan anak luar nikah juga akan naik mendadak.
Facebook juga masuk ke kebun getah, ladang ayam dan sebaginya. Dulu suruh belajar komputer tak nak tapi sekarang dia yang hari-hari online. Bila ditanya internet guna untuk apa? spontan dijawab facebook. lain tak tahu.
Tunggu..tunggu..lepas ni ramai peminat facebook nak menghentam diruangan komen. Mesti ada yang cakap kalau tak suka jangan buka akaun facebook. Kalau tak minat aiskrim jangan makan aiskrim makanlah cokodok...Marah bila ditegur tapi hati berbunga-bunga kalau ada yang komen di statement dia dalam facebook.."I rasa penat hari ni, malam tidur tak lena..hmmmm" statement biasa di facebook. dibalas pula si jantan " Kenapa ni? asyik pening je"..pastu sedar-sedar dah masuk ruangan chat..wakaka..bini ko chat dengan jantan lain atau laki ko chat ngan betina lain.
syria
Iran
China
Vietnam
Pakistan
bangladesh
North Korea
Uzbekistan
United Arab Emirates
(perbetulkan maklumat jika ada kekurangan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan