4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Mei 2011

Generasi lembik

Anak-anak seharusnya dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa seperti kak long/abang long/kak ngah dan elakkan dari memanggil mereka dengan gelaran yang membantutkan kedewasaan mereka seperti boboi/manja/baby/adik/ dll. 

Inilah yang disarankan oleh Saidina Umar Al Khatab semasa pemerintahannya. Anak-anak yang dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa akan menjadi cepat matang dan lebih berkeyakinan.

Hendaklah melayan anak anda seperti seorang dewasa dalam perbincangan agar mereka lebih bersedia dan dapat meningkatkan keyakinan dan mampu mengeluarkan kata-kata yang lebih bermakna/tiada sumbang dalam percakapan mereka.

Bawalah anak-anak didalam majlis-majlis yang melibatkan orang dewasa agar mereka tidak akan rasa kekok berada bersama.

Didalam setiap aktiviti jangan sisihkan kanak-kanak dengan mendahulukan yang tua, mereka juga mempunyai hak yang sama seperti golongan dewasa. sebagai contoh dalam majlis kita memberikan keutamaan kepada yang dewasa untuk menikmati minuman dan kita menyisihkan mereka di tempat terakhir. jadikan semuanya saksama kerana mereka berada didalam majllis yang sama.

Pada anak lelaki seharusnya kita melatih mereka membuat kerja-kerja yang kasar agar menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan kerja berat. Jauhkan mereka dari perkara-perkara yang hampir dengan wanita seperti perkakasan dapur dan sebagainya.

Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang lebih berkeyakinan dan berani dalam menegakkan hak mereka tanpa rasa ragu dan gusar. Generasi yang lahir dengan dibelai manja sentiasa akan menjadi longlai dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini kerana mereka akan membiarkan yang lain terguris asalkan perkara itu tidak terjadi pada mereka.

Pada suatu ketika Saidina Umar  Al Khatab melalui satu kawasan dengan berkuda bersama-sama yang lain. mereka melintasi satu kawasan yang terdapat kanak-kanak sedang bermain. Apabila melihat Saidina Umar dan kuda melalui kawasan terbabit bertempiaranlah semua lari ketakutan kecuali seorang.

Umar bertanya " kenapa kamu tidak lari anak muda" "mengapa aku mesti lari sedangkan aku tidak melakukan sebarang kesalahan, Lagipun jika tuan hamba mahu lalu disini bukankah bumi Allah masih luas, sedikitpun ia tidak menggangu aku"

Umar berlalu setelah bertemu dengan anak muda yang berkeyakinan dan tahu apa haknya di muka bumi Allah.

Jadi marilah kita berubah bagi mengelakkan generasi akan datang menjadi lembik, seperti mana mereka lembik sekarang dalam mempertahankan hak mereka. InsyaAllah.

Tiada ulasan: