Berapa ramai dah kena temperature kereta naik semasa di lebuhraya? Puncanya radiator hose bocor atau pecah. jadi terkandas ditengah-tengah highway, tunggu kalau-kalau ada insan yang berhati murni nak tolong. Tetapi selalunya yang datang tolong akan kenakan bayaran $$$ tiga kali atau 10kali $$$. Susah sangat lah nak jumpa yang betul-betul ikhlas nak tolong.
Sedia payung sebelum hujan. Sediakanlah radiator hose untuk kereta anda dan simpan setiap masa di dalam bonet, bukan mahal pun rm20 untuk hose atas dan 35 untuk hose bawah. Kita bukan tahu bila nak kena.
Bukan hanya hose sahaja kena sediakan, barang lain seperti minyak power steering (botol kecil), minyak break (botol kecil), air paip (1.5 liter), wire tape, duct tape, wire semeter dll yang kecil-kecil. Kalau dihitung semuanya tak sampai 5kg pun.
Jadi tak lah pening kepala kalau terjadi problem kecil-kecil macam ini, semua dah ada. Cuma kena ada kemahiran sikit untuk menukarnya. Kalau anda seorang lelaki dan tak tahu buat kerja macam ini anda patut rasa malu. Jangan ikut macam iklan airkrim kat TV tu, abah saya tak pandai berkebun, abah saya tak pandai menjahit, tapi abah pandai beli dan makan aiskrim aje. Jadilah abah yang pandai semuanya agar anak-anak anda kagum dengan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan